Saturday 2 April 2011

tun abdul razak




BAPA PEMBANGUNAN
Tarikh lahir: 11 Mac 1922
Tempat lahir: Pekan, Pahang
Tarikh kematian: 14 Januari 1976
Tempat kematian: London, England
Pekerjaan: Peguam
Agama: Islam

Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysiakedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

Kehidupan peribadi

Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang. Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam menggantikan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

No comments:

Post a Comment